Nov, 2012
Berat badan En Shaun Lawrence, 32, dan Puan Rozita Ramlee, 36, melebihi 100kg sebelum ini. Hari ini, tiada siapa yang dapat menduga mereka pernah obes. Atau pernah mengambil pelbagai jenis ubat untuk pelbagai penyakit yang berkaitan dengan obesiti. Mereka berdua telah menjalani pintasan gastrik, satu pembedahan membantu menurunkan berat badan atau prosedur bariatrik yang berkesan untuk memperbaiki/memulihkan diabetes dan gangguan metabolisme lain. Untuk melawan obesiti, diabetes dan penyakit lain yang berkaitan, mereka telah menjalani pembedahan tersebut di Hospital Besar Singapura (SGH) hujung tahun lalu.